Monthly Archives: July 2008

Fancy cookies lagi

4 kotak Fancy cookies tempahan dari Ayu-Kepong,untuk majelis hari jadi anak dia.
baru je deliver tadi, just right after she received the cookies she sent an sms :
” COmey sgt la kak..syg nk makan..(tak reply sms tu lagi..kredit dah habis..he..he..maaf yer Ayu..)

He..he..thank you Ayu, kerana sudi menempah cookies dg akak. rasa seronok sangat bila dengar komen positif dari customer, tandanya customer berpuas hati. Insya Allah.

seputih cintaku

Cake hantaran fondant ‘seputih cintaku’..he..he…
ordered by reza,hope you like it.

Kek Lapis durian


Kek Lapis durian
recipe by Rossya ahd from bro Rozzan Blog s’pore. Thanks for the recipe.

saya guna 1/2 recipe untuk kek dalam gambar
Bahan A
400g mentega
300gm gula halus
500g puree durian
4 sudu makan susu manis
sedikit paste durian

Bahan B
180g tepung naik sendiri
24 biji kuning telur
8 biji putih telur

Cara:
1) Pukul bahan A hingga kembang lalu masukkan kuning telur sedikit sedikit hingga habis.
2) Pukul lagi sehingga kembang. Ketepikan.
3) Didalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang.
4) Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit sedikit berselang selikan dengan putih telur kedalam bekas yang berisi Bahan A. Gaul hingga rata.
5) Bakar selapis selapis dengan menggunakan api grill hingga habis.
6) Pada lapisan terakhir, gunakan api atas dan bawah, bakar pada suhu 180 deg.C selama 10minit atau sehingga masak. Boleh gunakan loyang berukuran 9X9 inci.


Bolu Kukus


Bolu kukus….hmmm..nyam..nyam…
will try again next time, hope will end up with ‘over ngakak ‘ style..(halah..)
yg ni..ngakaknya putri solo..hi..hi….