Category Archives: Cake lapis

Kek Lapis durian


Kek Lapis durian
recipe by Rossya ahd from bro Rozzan Blog s’pore. Thanks for the recipe.

saya guna 1/2 recipe untuk kek dalam gambar
Bahan A
400g mentega
300gm gula halus
500g puree durian
4 sudu makan susu manis
sedikit paste durian

Bahan B
180g tepung naik sendiri
24 biji kuning telur
8 biji putih telur

Cara:
1) Pukul bahan A hingga kembang lalu masukkan kuning telur sedikit sedikit hingga habis.
2) Pukul lagi sehingga kembang. Ketepikan.
3) Didalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang.
4) Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit sedikit berselang selikan dengan putih telur kedalam bekas yang berisi Bahan A. Gaul hingga rata.
5) Bakar selapis selapis dengan menggunakan api grill hingga habis.
6) Pada lapisan terakhir, gunakan api atas dan bawah, bakar pada suhu 180 deg.C selama 10minit atau sehingga masak. Boleh gunakan loyang berukuran 9X9 inci.